
Ape Mende AculStudio.com ni…?
Aculstudio.com adalah laman web bercirikan blog dan online portfolio dimana ia memaparkan pelbagai bentuk artikel dari serata perjalanan hidup dengan menghadiri pelbagai aktiviti dan program bersama rakan-rakan, berkongsi informasi terkini, sofware, tutorial dan tips, mempromosikan band-band di Malaysia bersama Bandit Community, Lime Community dan banyak lagi. Antara Band yang telah pun menjadi rakan rapat aku adalah Evidence Speaks, O-Two Band, dan banyak lagi.
Aculstudio.com juga memaparkan hasil-hasil kerja terbaru dari penulis dari pelbagai kategori sepanjang kehidupanya yang adakalanya digunakan untuk kegunaan sendiri, untuk orang lain dan juga sudah pasti untuk menambah pencarian melalui Online Portfolio. Aculstudio juga memaparkan pelbagai gambar dari aktiviti dan program yang dihadiri untuk dikongsi bersama di dalam Galeri Gambar.
Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Aku
Pada korang yang dah kenal aku dengan rapat dan dah kenal lama pasti tahu aku ni jenis lelaki yang macam mana. Pada yang belum kenal lagi tu meh sini aku kenalkan siapakah diri aku ini. Aku diberi nama Mohd Rasul Bin Abu Hanipah oleh kedua ibu dan ayah aku dan lebih mesra dengan panggilan Along ataupun Acul. Aku dilahirkan pada 03 November 1986 di Hospital Besar Tanjong Karang pada jam 1 pagi (rasanya la) dan sekarang ni menetap di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Aku telah di ajar berdikari sejak kecil lagi oleh ibu aku untuk menguruskan diri. Aku waktu kecil dulu memang nakal. Al-maklum la kanak-kanak rebina lagi. Aku seorang yang merendah diri dengan kebolehan sendiri dan ada pada aku. Aku juga seorang yang pendiam dan amat lah kuar berceloteh di dalam dunia maya (internet) dan tidak pandai bercakap sangat. Kebiasannya aku akan bercakap apa yang ada kena mengena dengan diri aku dan semua yang aku cerita itu adalah betul dan sahih. Tidak ada tokok tambah dan penipuan di dalamnya kerana aku adalah jenis yang berterus terang. Pada yang dah kenal aku tau aku ni jenis yang baik hati dan tidak pernah berkira dan aku selalu ingat pada orang yang ingat pada aku. Nak tahu lagi…? Moh ler berkawan rapat dengan aku wakakakaka…
Siapa Aku Secara Detail…?
Name Penuh : Mohd Rasul Bin Abu Hanipah
Name Gelaran : Acul, Along
Umur : 23 tahun (2009)
Tarikh Lahir : 03 November 1986
Jantina : Lelaki
Tinggi : 178+ Cm (Tak Berapa Pasti)
Weight : 82 Kg (Berisi Sedikit)
Hobi : 20 jam Mengadap PC, Membuat design, Main Game dan Selebihnya untuk Tido
Impian : Menjadi Pereka Grafik yang terkenal dan Menjadi Usahawan Yang Berjaya
Adik-Beradik : Anak Sulung Dari 3 Adik-Beradik
Pendidikan Terkini : Politeknik Johor Bahru (PJB Batch 2006 Jurusan RekaBentuk Grafik)
Tempat Tinggal : Shah Alam, Selangor, Malaysia (Aku Bangga Aku Anak Malaysia)
Status : Belum Berkahwin dan Masih Lagi Mencari calon Hehehehe
Kegemaran Aku
Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Ayam, TomYam, Kerang Masak Rendang dan Ayam Goreng
Minuman Kegemaran : Air Kosong, Teh O, Kopi O, dan Laici kang
Jenama Kegemaran : HP, Sony, Nokia, Adidas dan Bundle Hehehe
Binatang Kegemaran : Semua Binatang Aku Suke Kecuali Babi dan Hanjing. Haram wooo…!
Lagu Kegemaran : Lagu Yang Boleh Diterima Ditelinga Aku
Buku & Majalah Kegemaran : Majalah PC, Kreko, Arena Komik, Novel dan Majalah Kamera
Filem Kegemaran : Semua Filem Yang Menarik Perhatian Aku Untuk Ditonton
Rancangan TV Kegemaran : Maaf La Aku Tak Layan TV
Artis Kegemaran : YUI, Ayumi Hamasaki, O-Two, P.Ramlee
Laman Web Kegemaran : www.devinatart.com | www.myspace.com | www.cssmania.com | www.scukz.com
Hubungi Aku
YM : shadowX_19@yahoo.com
No. Tel : 019 – 372 5085
Myspace : www.myspace.com/aculstudio





Artikel Terkini
Komen Terkini
Subscribe