
Hari ini 05 September 2009, bersamaan hari Sabtu telah berlangsungyer satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Lime Community serta gabungan dari Bandit Community dan Band Evidence Speaks. Majlis berbuka puasa ini telah diadakan di Chicken Hartz Berjaya Time Square bermula dari jam 5.00 petang, waktu berkumpul (walau ade yg lambat sampai) sampai la pukul 6.00 petang waktu untuk mengambil tempat.
Untuk pengetahuan korang semua, inilah aktiviti yg ke 5 aku sertai selepas aku keluar hospital pada bulan Jun yang lepas. Antara aktiviti-aktiviti yang aku sertai sebelum majlis berbuka puasa oleh Lime Community ini adalah Akustik di Studio Cafe Wangsa Maju, Local Band Concert di Youth Square Bukit Jalil, Gig MY’SC Ampang dan BBQ di Sungai Congkak anjuran Bandit Community, dan recording Evidence Speaks di Cheras. Aku amat berterima kasih dan berbesar hati kerana telah diajak, dijemput dan dipaksa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Secara terus terang memang aku gembira dan berpuasa hati walau keadaan aku tidak la beberapa mengizinkan.

Oleh:
dalam:
Pada: September 5, 2009
Teruskan Membaca…
5 Komen Ditulis |
Dilihat Sebanyak 247 Kali





Artikel Terkini
Komen Terkini
Subscribe