Edit Tag Mp3 Korang

main

Aku rasa mesti ramai yang taktau lagi penggunaan software ni ataupun tak tau bagaimana nak edit tag pada mp3 (lagu). Korang sering kali dilanda masalah ketika lagu dimainkan di player-player seperti winamp, windows media player atau sebagainya dimana walau korang rename mp3 tersebut tetapi ketika dimainkan ia tetap ditulis “unknown artist” atau “track” walhal setiap mp3 tu ada nama artis dan tajuk lagunya. Kengkadang tu banyak juga aku lihat file-file mp3 yang di upload di dalam internet bertujuan untuk dikongsi pabila dimainkan mengeluarkan “unknown artist – track 1″ padahal lagu tersebut mempunyai nama artis dan tajuk lagu. Perkara ni jugak sering kali jadi masalah pada pengguna telefon bimbit (HP) yang mempunyai mp3 player lebih-lebih lagi yang menggunakan HP jenis express music.

Berita baik untuk korang, aku akan selesaikan masalah yang menimpa korang ni. caranya…? senang je. ikut arahan dan tunjuk ajar yang aku buat khas untuk korang ni. Aku cuba buat yang terbaik agar korang paham dengan jelas

lol Teruskan Membaca…

komen 8 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 349 Kali
seperator

Persiapan Hari Raya

persiapan raya

Uik… Sedar tak sedar dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa kan…? Sekejap je rasanya, pejam celik pejam celik dah pun hampir masanya untuk berhari raya. (ah kau sibuk je nak raya tah puasa ke idak tu). Tapi sebagaimana tahun-tahun yang lepas hari raya aku dah keluarga tidak lah semeriah tahun-tahun sebelum arwah abah meninggalkan kami semua pada tahun 2003. Kalau nak diikutkan memang dah lama arwah meninggalkan kami sekeluarga dan sudah tentu setiap kali raya dan setiap kali mendengar lagu raya berkumandang di radio, TV, pasaraya atau sebagainya membuatkan aku terkenangkan arwah dan terigin nak menangis beraya tanpa arwah (poyo je kau ni)

Minggu demi minggu, semakin ramai penganut agama islam walau masih ramai yang bertopengkan sebagai umat islam berpusu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai, atau sewaktu dengannya untuk persiapan hari raya akan menjelma tidak lama lagi. Aku pula bagaimana…? Bagi aku pula cukup la dengan baju raya tahun lepas. Malas nak beli yang baru. Apa la sangat raya kalau umur dah makin meningkat ni kan…? Hari raya bagi aku sekarang ni hanyalah sekadar bermaaf-maafan sesama keluarga, jiran, sahabat handai, dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Tapi kesal juga sebab raya tahun ni aku tak dapat menikmati juadah raya yang memang setiap tahun aku tak lepas untuk meratah. Antaranya ialah lemang dan kerang masak rendang. Perghhh…!!! Kegemaran aku tu. Kenapa lak aku dapat makan…? Kau alegik ke…? Ke kau sakit atau pantang…? Ye aku sakit dan pantang sebab aku baru sahaja keluar hospital pada bulan Jun yang lepas atas sebab pembedahan tulang rahang dan aku terpaksa pantang makan makanan yang gatal.

lol Teruskan Membaca…

komen 8 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 618 Kali
seperator

Projek oh Projek!

projek aku

Warrrgghhhh…!!! Kalo korang nak tau sekarang ni memang bertimbun-timbun projek dan kerja yang aku kena handle, diamanahkan dan untuk disiapkan. Taktau la kenapa sejak aku keluar dari hospital ni terlalu banyak projek yang datang. Antaranya laman web aku sendiri yang aku nak jadikan laman web persendirian aku yang mengandungi blog, galeri gambar, online portfolio dan banyak lagi a. Pada korang yang dah lama kenal aku pasti korang dah tahu perjalanan hidup aku membuat website ni dari tahun 2005 lagi dimana aku sering kali membuat design-design terbaru dan sentiasa menukar domain. Untuk pengetahuan korang aculstudio akan dikekalkan insyallah dan aku tidak akan tenggelam tak timbul-timbul. Selain tu jugak projek dari Bandit Community aku telah diberi amanah oleh Ody Bandit. Thanks kat kau kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk membina laman web serta design-design untuk Bandit Community yang semakin dikenali ramai dan semakin maju. Walau aku tak dapat apa-apa pulangan sekarang ni (buat free) tapi aku akan pandang pada akan datang insyallah pulangan tu akan ada pada aku. Terima kasih juga pada Halv a.k.a Peknon Evidence Speaks kerana kau aku terjebak dengan semua ni.

Untuk akan datang setelah setel je projek untuk Bandit Community ni akan aku cuba usahakan untuk membina laman web bagi band-band di Malaysia ni. Ianya dibina bagi mempromosikan band-band yang masih belum ada nama, belum naik, band baru dan masih belum dikenali ramai. Insyallah aku akan bina laman web ini untuk membantu korang dimana sistemnya sama seperti social networking yang sedia ada sekarang ini. Contohnya seperti Myspace, Friendster, Facebook dan macam-macam lagi a dan yang membezakannya apa yang aku nak buat ni sudah tentu la berbahasa melayu dan amat berbeza dengan social network yang lain dimana ia adalah untuk Band Profile yang menyatakan infomasi mengenai band tersebut dan band tersebut boleh juga membuat post atau entri mengenai aktiviti, gig atau apa-apa sahaja kepada orang ramai. Galeri gambar juga akan disediakan khas untuk setiap band, Insyallah.

lol Teruskan Membaca…

komen 4 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 261 Kali
seperator

O-Two – Utusan Rasmi

main

O-Two… Apa tu? Oksigen ker…? Hahaha pasti ada antara korang yang belum pernah dengar nama O-Two dan mungkin juga ada yang pernah dengar. Bagi korang yang pernah atau sedang bermain game Jin Online mesti kenal dengan O-Two dimana O-Two adalah Duta yang dilantik oleh iG-Interactive Sdn. Bhd. sebagai icon untuk Jin Online. Hari ini, O-Two semakin dikenali ramai termasuk la aku yang baru-baru ni je kenal ngan O-Two dan ahli-ahlinya disebabkan terjebak dengan Bandit Community. Al-Maklum la aku ni buta sikit perkembangan musik tanah air.

Mari kita kenali lebih rapat dengan O-Two. O-Two adalah antara kumpulan muzik “Indiependent” terawal dari Perlis , yang telah berjaya merakamkan beberapa buah album di arena independent disekitar tahun 2003 dengan menggunakan nama RiverMonk ketika itu sebelum bertukar ke O-Two hingga kini. O-Two juga mempunyai suatu identiti muzik tersendiri yang mampu membuat pendengar merasa band ini unik dan O-Two juga telah mencipta puluhan lagu semenjak mereka begitu serius tentang bunyi, penulisan dan susunan lagu. O-Two juga mempunyai kelebihan tersendiri ketika membuat persembahan secara live dan amat peka dengan segala aspek ketika di pentas. Mereka adalah sebuah kumpulan yang tidak mahu ditelan zaman, dan kini telah banyak terbukti bahawa band-band yang kini bebas berkarya telah berjaya mendapat tempat di hati pendengar.

lol Teruskan Membaca…

komen 14 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 688 Kali
seperator

Final Destination 4 Menghampakan

main

Final Destination. Menatang apa pulak tu kan…? Sebut sahaja nama filem ini aku rasa tak ada siapa yang tidak mengenali nama filem yang mendapat perhatian dan sahutan ramai penonton dengan keseraman kematian yang ditonjolkan di dalam filem ini. Walau bagaimana cara mereka mengelak dari kematian pasti mereka akan menghadap kematian yang mengerikan, sadis dan kejam.

Mari kita kenali dahulu cerita Final Destination ini sebelum aku terangkan mengapa ia menghampakan aku dan mungkin juga mereka yang dah menontonya. Final Destination atau Hentian Terakhir adalah cerita mengenai seseorang mendapat gambaran satu kejadian buruk, teruk, ngeri dan seram mengenai kematian yang akan menimpa dirinya dan juga sekelilingnya sebelum kejadian tersebut berlaku. Memang kalau dipikirkan secara logik memang la tidak logik perkara ni tapi adakalanya ada orang yang dapat melihat gambaran kejadian sebelum kematian menimpa. Kuasa Allah. Ok berbalik pada cerita Final Destination ini, orang yang melihat gambaran kejadian tersebut akan mengelak dari terjadinya perkara tersebut dan cuba melepaskan diri dari mati. Apa yang ditunjukkan dalam filem ini, orang yang mati tersebut akan mati dalam sungguh ngeri dan walau bagaimana mereka mengelak dan cuba melepaskan diri pasti akan menemui ajal juga secara berturutan mengikut rantai kematian.

lol Teruskan Membaca…

komen 4 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 270 Kali
seperator