Pengenalan

Adobe Photoshop (PS) adalah perisian yang digunakan untuk mengubah suai gambar atau image kepada pelbagai bentuk mengikut citarasa dan kreativiti pengguna yang dicipta oleh Adobe Systems. Adobe Photoshop di datangkan dengan pelbagai versi dan ianya sentiasa di kemas kini kepada versi terbaru untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. Versi Adobe Photoshop yang terbaru adalah Adobe Photoshop CS4 dimana ianya dicipta bersesuaian dengan Windows Vista dengan rekamuka perisian yang lebih menarik berbanding versi terdahulu iaitu CS3 (yang dikini digunakan oleh aku), CS2, CS, versi 7 dan berikutnya.
Perisian Adobe Photoshop telah melalui pelbagai evolusi bagi memuaskan hati pengguna bagi mengguna perisian ini. Bagi aku Adobe Photoshop adalah perisian yang terbaik untuk mengubah suai gambar walau banyak perisian yang dicipta selain perisian Adobe Photoshop ini yang juga menyediakan khidmat yang sama seperti Picasa, Corel dan lain-lain.
PS banyak dilihat digunakan di Macintosh (Mac Apple) kerana ianya dibina bersesuaian dengan reka grafik pada Mac dimana kualiti gambar, warna, sais, pixel adalah lebih menarik jika dilihat pada Mac dan setelah hampir beberapa tahun ia digunakan meluas pada PC (windows).
Apa Yang Terdapat Di Dalam Adobe Photoshop

Pasti ramai yang dah tahu penggunaan Adobe Photoshop (PS) dan rata-rata antara korang menggunakan perisian yang popular ini untuk mengubah suai gambar anda. Tapi tahukah anda terdapat banyak penggunaan, teknik, fungsi dan tips yang terdapat di dalam PS ini…? PS didatangkan dengan format warna RGB (red, green, black) dan CMYK (cyan, magenta, yellow, black), media editing, animasi dan penulisan. Format fail bagi PS adalah didalam format .PSD (photoshop document).
Terdapat juga pelbagai penggunaan di dalam PS seperti Masks, color spaces, ICC profiles, transparency, text, alpha channels, spot colors, clipping pats dan duotone setting. Setiap penggunaan ini akan aku terangkan di artikel yang lain. PS juga disokong oleh format seperti EPS, GIF, Bitmap, dan banyak lagi. PS juga menyokong format fail lain seperti Adobe illustrator (Ai), Adobe Premiere Pro, After Effects, Corel Draw, dan banyak lagi.
PS juga menyediakan pelbagai kemudahan yang memudahkan pengguna seperti penggunaan Brushes, Action, Animation, Styles, Texture dan banyak lagi dan setiap plugin ini anda boleh dapatkan dimana-mana laman web yang menyediakannya.
Selain itu juga PS menyediakan plugin yang disediakan khas di dalam perisian PS didalam bentuk filter atau kesan khas. Penggunaan filter ini banyak membantu pengguna didalam pengubah suaian gambar untuk kelihatan lebih menarik mengikut kreativiti pengguna.
PS adalah salah satu perisian yang paling popular digunakan di seluruh dunia dan antara penggunanya adalah aku. PS banyak digunakan untuk membina laman web dimana ia digunakan untuk membina layout untuk laman web, gambar untuk laman web, majalah, poster, cover DVD dan CD dan banyak lagi. PS juga banyak digunakan di syarikat-syarikat pencetakkan, pengiklanan, penyiaran dan sebagainya di dalam bentuk asli atau origional (aku guna pirate je)
Jika anda berminat untuk menggunakan Adobe Photoshop ini boleh la download di www.adobe.com dan kat sini ianya versi CS4 dan Trial mode. Kalo nak fullkan sila bagi tau aku, aku akan ajarkan. Tapi “use at your own risk”
Artikel ini ditulis oleh Acul melalui pengalaman penggunaan dan dengan panduan dari wikipedia.org Sebarang cetakan di blog lain adalah dilarang sekeras-kerasnya melainkan mendapat kebenaran dari penulis. Rujukan untuk pelajar adalah digalakkan dan sila kreaditkan kepada penulis untuk menunjukkan anda menghargai penulisan beliau.

Oleh:
dalam:
Pada: September 29, 2009

2 Komen Untuk Artikel Ini
photoshop mmg faveret aku nk edit gambo & ape2 imej. mlgnye cume ilmu tk brape ckup lg utk mghasilkan karya2 kreatif & msih lg bergantung pd tutorial2. huhu
.-= finalcross´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 29th, 2009 at 3:29 am
lek a.. nobody perfectkan.. aku pun dok refer lg pada tutorial
[Balas Komen]
aku selalu gune potosop sbb blaja pon kne pkai sfware ni..bab ngedit2 ni pemaleh sket
.-= sweet.ants´s last blog ..Let’s Try Photofunia =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 29th, 2009 at 10:10 pm
haha ko mmg.. ape tah yg rajinyer
[Balas Komen]