
Yeah… Hari ini selamat tiba aku ke shah alam setelah hampir 5 hari aku bercuti di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga dan saudara tersayang. Kat sini aku nak kongsi serba sedikit cerita ketika aku berada di kampung. Rasayer tak ada la yang menarik untuk dikongsikan tapi boleh la untuk di jadikan modal untuk pengunjung blog aculstudio.com ini…
Ok la… Meh aku mulakan cerita… Aku pulang ke kampung pada 18 haribulan September 2009 bersamaan hari Jumaat pada jam 3 pagi untuk mengelakkan jalan jam bersama adik lelaki dan ibu aku. Adik perempuan aku dah pun selamat sampai ke kampung bersama makcik saudara aku. Pagi tu jalan memang lengang. Memang la kan. Dah kul 3 pagi. Orang sengal cam aku je balik kampung waktu camtu. Agak mengantuk juga waktu tu tapi dengan bantuan air ali cafe dan redbull dapat gak aku tahankan mata tuk memandu. Aku selamat tiba di kampung aku di Sungai Haji Dorani (Sungai Besar, Selangor) pada jam 4.45 pagi. Memang cantek waktu tu terus je aku sahur. Puasa di kampung cam biasa je aku puasa kat rumah dengan tido dan bersembang dengan saudara.
Waktu malam setelah dengar je pengumuman raya berdentam dentum kawasan rumah nenek aku dengan bunyi mercun dan meriam. Memang dah menjadi tradisi kat sini dengan bunyi mercun dan meriam. Tapi kiteorg main mercun dan meriam diawasi oleh orang dewasa dan untuk makluman korang aku tak la sentuh mercun tu. Dah cuci tangan bertahun-tahun tak sentuh. Aku hanya sekadar melihat anak-anak saudara dan saudara aku bermain mercun dan bunga api. Malam tu ada la serba serbi aku menolong saudara dan nenek aku menyiapkan persiapan hari raya untuk esok pagi.

Pagi raya tu seperti biasa program bermaaf-maafaan diantara saudara, keluarga dan nenek aku. Memang syahdu pagi tu meminta maaf antara satu sama lain. Banyak juga dosa aku pada ibu aku. Duit raya…? Haaa… walau aku dah berumur 23 tahun aku tetap dapat duit raya tau… wahahha (tak padan dengan tua la kau ni) Selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri macam biasa juga aku dan saudara menziarahi kubur arwah datuk aku. Di perkarangan kubur tu boleh pula saudara aku bulat lawak pagi raya. Pakcik aku suruh amik air kat bonet belakang kereta dia leh bantai amik air gas berwarna hijau berjenama Fanta. Ade ke patut nak buat air yasin pakai air gas tu. Apa lagi bergelak sakan la kami berlima walau ketika tu tengah baca yassin. Terus tergendala sebentar membaca yassin disebabkan lawak pagi raya oleh saudara aku tu.
Raya pertama macam biasa la ziarah menziarahi saudara terdekat. Tengah hari tu terus je kiteorang bergerak ke Bagan Datoh, Perak beraya di rumah adik beradik nenek aku yang juga 2 pupu aku. Memang dah menjadi program wajib kiteorang setiap tahun ziarah ke sana. Petang tu baru la kiteorang balik ke rumah nenek dan malam tu selepas isyak beraya ke rumah 2 pupu aku juga di parit 16 rasanya di Sungai Panjang. Disitu gak kiteorang tengok bola perlawanan Manchester United menentang Manchester City. Tahniah kepada Man U keran menang 4-3. Memang perlawanan yang mendebarkan.
Raya Kedua pula macam biasa juga Baraan bagi kaum lelaki. Ramai yang taktau baraan ni apa maksudnya. Baraan ni maksudnya “Beraya beramai-ramai di dalam sesuatu kawasan atau kariah yang menyertai dengan diwakili anak, saudara atau kaum kerabat rumah yang menyertainya dengan menaiki pengangkutan seperti motor.” Macam dikawasan rumah nenek aku ni terdapat hampir 50 buah rumah yang menyertai dan 50 buah rumah ni juga la kiteorang kena habiskan menziarahi. Zaman kecik-kecik dulu rajin la aku sertai baraan ni dan buat sampai habis tapi dah umur makin meningkat ni makin malas aku nak sertai lagi-lagi nak buat sampai abis. Penat woooo… Raya ketiga pula adalah kaum perempuan pula. So persiapan makanan tu memang disediakan untuk rombongan baraan.
Raya ke keempat aku hanya melepak di rumah nenek aku. Tak pergi beraya ke mana-mana pun. Maklum la tengah sakit lagi sekarang ni dan penyakit malas tu telah menguasai diri aku untuk melepakkan diri sahaja di rumah dan malam raya keempat tu aku berangkat pulang ke Shah Alam. Program selepas ini aku akan tuliskan insyallah kalau rajin.
Wajah-Wajah Hari Raya





Selamat Hari Raya Aidilfitri Diucapkan lagi pada yang baru mengunjungi blog aku ni. Semoga korang selamat ketika beraya ke rumah sahabat handai dan bermaaf-maafaan antara satu sama lain. Mana yang silap dan salah tu dimaaf-maafkan. 

Oleh:
dalam:
Pada: September 23, 2009

3 Komen Untuk Artikel Ini
hehehehe. ktorg nyer family sempoi aje. bab salam2 sambil diri aje.hahahhaa. tak senonoh tapi syok gak
.-= Lizz´s last blog ..How did you meet your partner??? =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 24th, 2009 at 1:40 am
hahaha.. normal la tu… sy pun kengkadang camtu jugak
[Balas Komen]
mmg cute a kembar 2 cam upin & ipin la hehe
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 26th, 2009 at 10:01 am
haha tau xper…
[Balas Komen]
amboi sonoknyer dia beraya…
tunggu entry eden lak..bru blk dr kg ni
x leh nk update trus ade kje lain mnunggu..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 26th, 2009 at 10:01 am
hehehe… tp xde la sonok mane pun… alolo cian die…
[Balas Komen]