
Sedar tak sedar dah hari ke 26 kita berpuasa dan bermakna hanya tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kawan-kawan disana sudahkah korang membayar zakat fitrah…? Kalau belum dahulukan yang itu dan janganlah shopping yang didahulukan sehingga lupa perkara yang wajib. Bila lihat kawan-kawan sibuk membuat kad raya untuk dihantar pada kawan aku pun teruja untuk membuat. Tapi tidaklah seperti tahun-tahun yang lepas dimana aku rajin membuat kad raya jenis flash untuk diri sendiri dan untuk untuk orang lain (free ekad) yang siap dengan text bergerak dan lagu. Tahun ni aku sedikit malas kerana banyak kerja yang aku kena siapkan. Mungkin tahun depan aku akan wujudkan 1 laman web khas untuk menghimpunkan kad raya percuma dalam bentuk animation (flash) dan juga kad raya biasa.
Tahun ni aku beraya di kampung nenek aku di Sungai Besar. Ada siapa-siapa orang Sungai Besar disini…? Kalau ada korang dijemput untuk beraya di rumah nenek aku. Bagi yang berada di Shah Alam tu pun dijemput juga tapi selepas raya ke 7 a kerana hampir 4 hari aku berada di Sungai Besar dan 2 hari insyallah di Negeri Sembilan. Tahun ni aku beraya hanya serba sederhana. Sebenarnya aku bukan jenis yang minat membeli dan belah. Aku lagi selesa pakai baju raya tahun lepas sahaja sebabnya dah berlambak baju melayu kat bilik aku ni dan baju raya ni takat pakai raya pertama dan kedua je. So… Takyah la aku membazir.
Rumah Terbuka…? Yang ni aku belum mendapat persetujuan dari ibu aku lagi. Insyallah kalau ada aku akan maklumkan pada korang semua. Tapi kalau nak datang beraya tu dialu-alukan sangat la. Pada korang yang buat rumah terbuka pula jangan lupa jemput aku. (tau nak makan je kau ni)
Apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan semua. Jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita harap di maafkan. Tahun depan aku buat lagi. wakakaka… Ok a… Berjumpa lagi kita di entri selepas raya dan aculstudio.com akan bercuti selama seminggu. Pada yang pulang ke kampung tu harap pergi dan pulang dengan selamat. Kirim salam kepada ahli keluarga ![]()
Kat sini aku ada sertakan sekali file kartun pada kad raya ni yang dibuat dari Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop. Mana la tau kan korang nak buat kad raya sendiri dan mencari sumber-sumber yang berkaitan. Sila gunakannya tanpa sengan silu ![]()
Kad Raya Oleh aculstudio.com (1.8MB)
Creadit to Ud33n@deviantart.com untuk kartun yang cute

Oleh:
dalam:
Pada: September 15, 2009

8 Komen Untuk Artikel Ini
Selamat Hari Raya Acul! Sorry kalau ada terkasar bahasa dgn kau, semua tu gurauan member2 je heheh
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 5:21 am
haha ok… aku x simpan dlm ati. dlm jantung ade a
[Balas Komen]
ahahaa… dikesempatan ini aku uge maw mengucapkan selamat hari raye idul fitri… maaf zaher dan batin… gahhhaaa…. kiter samer2 kumpol tenaga untuk blasah sorang bdak tuh yerk… gahhahaha….
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 8:45 am
hahah… tu mmg aku tunggu… sib baik ko x mintak setel utang…
[Balas Komen]
Hoho…selamat menyambut hari raya bro dalam mase beberapa hari lg ni. Same-same la kita melantak puas2 raye nanti. haha
P/S: wah,hebat bermain ngan photoshop ye!
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 12:50 pm
hahaha… elok2 pose turun 3kg kang raya naik 8kg blk
hahaha.. aku dah lame la berkecimpung ngn photohsop ni
[Balas Komen]
hye acul… camat ari raye
.-= cinta lea ixora´s last blog ..KAD RAYA DARI DIRIKU !! =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 12:50 pm
hye lea ixora camat ari raya juga
[Balas Komen]
salam.. selamat menanti hari raya.. (^__^)..
ada kad ghaye untuk anda yang tidak lah sehebat kad ghaye acul tu.. jika sudi.. sila2lah ambil..
.-= Faarihin´s last blog ..Sudi-sudilah Terima Yer.. =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 12:51 pm
ok… nanti sy amik…
[Balas Komen]
salam..alolo.comey nyer..sye amik, sye simpan..
alalal
thenkiu2..ekeke
=-.
.-= arnamee´s last blog ..Video raya Anem
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 16th, 2009 at 2:24 am
sila simpan wat pekasam
[Balas Komen]
hey, selamat hari raya aidilfitri!!!
sker ko nyer kad raye tuh. lawo n look simple aje.
.-= Lizz´s last blog ..Budak-budak sekarang punya style dapat duit raya =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 17th, 2009 at 11:06 am
selamat hari raya aidilfitri juga..
thx hehe
[Balas Komen]
kad raye ni comel gak…mamat dlm kad raye tu cam nk smbut krismas ye gak
.-= sweet.ants´s last blog ..Kad Raya Dari Saya =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 17th, 2009 at 11:25 am
hahhaa.. tu kopiah zaman baru a… silap2 nanti ko jumpe kat pasar ade org jual
[Balas Komen]