
Tahukah korang jenis pelayar (browser) apa yang sedang digunakan anda untuk melayari internet sekarang ini…? Aku rasa ada sesetengahnya tahu jenis dan setiap fungsi pelayar yang digunakannya dan ada juga segelintir yang hanya tahu sekadar hanya pada nama dan penggunaanya sahaja tanpa mengetahui fungsi-fungsi dan kelebihan yang disediakan.
Hari ini kita tengok sudah ramai yang telah beralih dari penggunaan Internet Explorer (IE) sejak dari tahun 2005 lagi dan antara penggunaan pelayar yang semakin popular sekarang ini adalah Mozilla Firefox. Aku tahu ramai antara korang telah menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet dan ianya termasuk lah aku. Bagi aku, aku lebih selesa menggunakan Mozilla Firefox berbanding menggunakan pelayar-pelayar lain tetapi penggunaan Google Chrome, Safari dan Opera tetap digunakan lebih-lebih lagi ketika dalam pembuatan laman web bagi melihat laman web yang dibuat sesuai dilayari oleh pelbagai pelayar.
Mari Kenali Pelayar Yang Sedia Ada
Sebelum kita kenali pelayar-pelayar yang lain mari kita kenali dulu maksud sebenar pelayar ataupun lebih mesra dikenali sebagai “Browser” ini. Pelayar adalah tempat atau platform untuk menerima, menghantar, mempersembahkan dan memindahkan sumber maklumat kepada World Wide Web (www). Sumber maklumat ini lebih mudah kenali sebagai Uniform Resource Identifier (URI) yang mengandungi web page, gambar, video, mp3 atau segalanya yang berkaitan. Hari ini pelbagai pelayar yang dibuat dan sudah semestinya dibuat untuk memuaskan hati pengguna untuk mengguna.
Internet Explorer


Internet Explorer dicipta oleh Windows dan didatangkan sekali didalam installer Windows dan maknanya ia memang sudah sedia ada didalam PC korang. Internet Explorer atau lebih mudah lagi dikenali sebagai IE telah beroperasi sejak tahun 1995 dan telah digunakan sepenuhnya oleh pengguna internet di serata dunia pada tahun 1999 sehingga sekarang. Bermula dari tahun 1995, IE 1 telah dilancarkan untuk penggunaan dan sudah banyak versi yang dikeluarkan setelah dikemaskini dan dibina semula untuk kepuasan pengguna dan yang baru dilancarkan buat masa ini adalah versi 8. Terus Terang aku cakap aku pun masih belum mencuba IE 8 ini. Tak tahu jika terdapat fungsi tambahan dan dari maklumat yang aku dapat ianya lebih menarik berbanding versi yang lepas dan ianya telah dilancarkan pada Mac 2009 setelah dua kali dilancarkan untuk percubaan (BETA) pada Mac 2008 dan Ogos 2008. Bagi korang yang ingin mencuba IE 8 boleh memuat turun di www.microsoft.com
Mozilla Firefox


Mozilla Firefox adalah salah satu perisian percuma yang dikeluarkan oleh Mozilla Corporation dan telah dilancarkan sekitar April 2003 dan hari ini ia adalah pelayar kedua popular digunakan selepas Internet Explorer (IE). Firefox telah berjaya menarik perhatian pengguna untuk mengunakannya berbanding Internet Explorer sekitar tahun 2005 dengan pelayar serba baru, fungsi terbaru dengan “open tab”, add-on yang berguna untuk pengguna sebelum kemunculan Windows Vista yang menyediakan IE7. Firefox juga telah dilancarakan dengan pelbagai versi dan versi terbaru sekarang ini adalah versi 3.5. Bagi yang dah biasa menggunakan Firefox ini sudah tahu apa fungsi yang disediakan antaraya ialah “open tab” dimana pengguna dimudahkan melayari internet dengan hanya membuka tap baru di dalam tetingkap yang sama. Selain itu juga ia menyediakan banyak Add-On untuk kemudahan pengguna. Antara Add-On yang aku selalu pakai adalah Embed Download, Video Downloader, AddBlock, SmarterFox – Browse Faster dan banyak lagi. Aku percaya ramai yang disana menggunakan Firefox dengan pelbagai Add-On sebagai Extension. Selain dari Add-On ia juga menyediakan Themes yang menarik untuk pelayar Firefox dan yang ini korang leh usha sendiri di laman web rasmi Mozilla untuk muat turun.
Apple Safari


Bagi pengguna Apple atau Mac pula mereka lebih senonim dengan Safari kerana Apple atau Mac menyediakan Safari sebagai pelayar dan ianya sama seperti Windows menyediakan IE. Safari mula dilancarkan pada Jan 2003 untuk percubaan oleh Syarikat Mac OS X dan ketika itu dimulakan dengan Mac OS X v10.3 atau dikenali sebagai Panther. Safari juga digunakan di dalam pengguna sistem IPhone. hari makin hari penggunaan Safari semakin meningkat setelah versi terbaru Safari dilancarkan yang boleh digunakan di dalam Windows pada 11 Jun 2007 dan ianya juga menyokong Windows XP dan Vista. Jika korang berminat untuk menggunakan Safari ini korang boleh muat turun di www.apple.com
Opera


Pelayar Opera dihasilkan oleh Opera Software Company yang dicipta untuk memaparkan laman web, menerima e-mail, mengemaskini contacts, IRC online chattting, muat turun file melalui BitTorrent dan membaca Web Feeds. Penggunaan Opera adalah percuma bagi pengguna persendirian dan juga pengunaan telefon bimbit tetapi ada sesetengah fungsi perlu dibayar untuk digunakan. Antara fungsi terdapat pada Opera adalah hampir sama dengan pelayar-pelayar lain seperti “Tab, page zooming, dan download manager”. Opera adalah antara pelayar yang mempunyai security yang terkuat kerana Opera menyediakan pertahanan Malware, pertahanan ketika melayari internet dan juga kesenangan untuk memadam Cookies. Opera juga seperti pelayar lain dimana ia disediakan untuk pengguna Windows, Linux, Mac OS X dan Solaris. Hari ini penggunaan Opera banyak digunakan didalam telefon bimbit iaitu Opera Mini. Pada korang yang berminat untuk mencuba Opera boleh muat turun di www.opera.com
Google Chrome


Google Chrome adalah pelayar yang dihasilkan oleh Google dan ia telah di lancarkan untuk percubaan untuk Microsoft Windows pada 2 Sep 2008 dan dilancarkan untuk dipakai sepenuhnya pada 11 Dis 2008. Nama pelayar ini diambil berdasarkan rekabentuk antaramukanya seperti bingkai atau “Chrome”. Pada Sep 2009 Chrome telah dilihat berada di tempat ke-4 pelayar yang banyak digunakan di seluruh dunia. Manakala pada June 2009 Google Chrome telah mengubah suai perisian ini untuk digunakan pada Linux dan Mac OS X. Pengguna yang pernah menggunakan Google Chrome akan teruja dengan keringkasan antaramuka pelayar ini dimana ia memberikan ruangan yang luas untuk pengguna melayari internet. Berminat untuk menggunakan Google Chrome boleh muat turun di Google Chrome
Maka nak dijadikan cerita pilih la pelayar yang sesuai dan memudahkan korang untuk melayari internet. Tapi tak salah juga kalau korang nak gunakan semua pelayar yang ada dan aku pun buat begitu bertujuan untuk memastikan website yang aku bina sesuai dilayari dengan menggunakan apa-apa pelayar. ![]()

By : HiOnLife27

By : kalicothekat


Oleh:
dalam:
Pada: September 12, 2009

7 Komen Untuk Artikel Ini
mmg creative a idea yg genggam windows jadi google chrome tu… ehehehe
aku guna safari n firefox. mmg terbaek..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:17 am
haha tau xper… aku terjumpe masa cari icon browser ni
[Balas Komen]
Opera skrang ni btol2 mengalami revolusi yg drastik dari segi kepantasan & security. Aku test rase best plak. Tapi musang berapi gak pilihan hatiku. hehe
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:17 am
haha tau xper… musang berapi tetap terbaek dgn add-on die
[Balas Komen]
opera so fat pd aku terpantas ar yg prnh aku gune. tp, mane2 gi so fat gune modzilla. crome tu aku gune gak. mcm2 aku gune. IE je aku sumpah kalo sape yg gune lagi
lubut virus woo
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:17 am
hahhaa.. org yg guna ie ibarat katak bwh tempurung wooo
[Balas Komen]
salam ziarah acul..
setakat ni pelayar jenis safari je sy tak mencubanye lagi..
tapi yang paling ok ntuk sy guna stakat ni tentulah..
dengan menggunakan pelayar musang berapi.. hehehe.. (^__^)
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:18 am
sokong2… firefox yg terbaik antara sume
[Balas Komen]
firefox kalau masuk plugin, pakai ram banyak…
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 8:45 am
mmg… tu yg pkai mane yg patut je
[Balas Komen]
firefox laa bgusss…IE tolak jauh2
.-= sweet.ants´s last blog ..Hantu Di Bulan Puasa =-.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 15th, 2009 at 4:36 am
betul2 bak kata upin & ipin
mari kita pangkah ie ramai2 wakakaka 
[Balas Komen]
smart dowh theme page nih… hehe.. (mmg sengaje carik pasal bagi komen takde kene mengene) haha..
tp, mmg info yang amat2 bergune utk orang yang blom tau pasal ape itu “web browser”.. em2…
ape kate ko selongkar kelemahan n kelebihan tiap2 satu browser tuh..
aku rase akan lebih bermanfaat.. tak gitu?
.-= d34n´s last blog ..http://smkpalong7.net =-.
[Balas Komen]