Edit Tag Mp3 Korang

main

Aku rasa mesti ramai yang taktau lagi penggunaan software ni ataupun tak tau bagaimana nak edit tag pada mp3 (lagu). Korang sering kali dilanda masalah ketika lagu dimainkan di player-player seperti winamp, windows media player atau sebagainya dimana walau korang rename mp3 tersebut tetapi ketika dimainkan ia tetap ditulis “unknown artist” atau “track” walhal setiap mp3 tu ada nama artis dan tajuk lagunya. Kengkadang tu banyak juga aku lihat file-file mp3 yang di upload di dalam internet bertujuan untuk dikongsi pabila dimainkan mengeluarkan “unknown artist – track 1″ padahal lagu tersebut mempunyai nama artis dan tajuk lagu. Perkara ni jugak sering kali jadi masalah pada pengguna telefon bimbit (HP) yang mempunyai mp3 player lebih-lebih lagi yang menggunakan HP jenis express music.

Berita baik untuk korang, aku akan selesaikan masalah yang menimpa korang ni. caranya…? senang je. ikut arahan dan tunjuk ajar yang aku buat khas untuk korang ni. Aku cuba buat yang terbaik agar korang paham dengan jelas

Masalah Yang Korang Hadapi

masalah

Langkah 1

1

Buka software Mp3 Tag dan bukak “Directory”. Kemudian sila pilih folder simpanan mp3 korang tu atau nak lebih senang korang boleh juga “Drag” mp3 dari folder simpanan mp3 korang ke dalam software ini (untuk penggunaan mp3 yang sedikit sahaja).

Langkah 2

2

Pilih mp3 yang korang nak edit tu. Kemudian edit la dengan letak tajuk lagu, nama penyanyi, tajuk album dan sebagainya. Memang agak leceh nak edit satu-satu mp3 tapi percayalah ia berguna untuk korang.

Langkah 3

3

Setelah selesai dan berpuas hati dengan edit yang korang buat tu save la mp3 tersebut dan cuba mainkan mp3 tersebut. Selesai

Selamat Mencuba

Download :

download Mp3 Tag v2.44 (2MB)

Cartoon Image Taken From – xenoaisam@deviantart

Tulis Komen atau Tingalkan Trackback
seperator

4 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Ditulis Oleh : finalcross
    September 12, 2009 at 8:16 am | Permalink

    wah,info best ni. kdg2 mmg tension gak ngan tag yg pelik2 lagi.

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    hahaha.. tu la pasal.. aku pun tension kalo bile main lagu kat winamp die tulis “unknown artist – track 1″

    tension lg bila tengah nk susun file

    [Balas Komen]

  2. Ditulis Oleh : lylaaaaa
    September 13, 2009 at 9:54 pm | Permalink

    wow . thanks! :D:D
    .-= lylaaaaa´s last blog ..Abang Gedik ! =-.

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    same2 :)

    [Balas Komen]

  3. Ditulis Oleh : sweet.ants
    September 14, 2009 at 2:30 am | Permalink

    haah…sy pon pkai expres music kdg2 ade mslh camni.mekasih 4 d info
    .-= sweet.ants´s last blog ..Hantu Di Bulan Puasa =-.

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    same2.. harap dpt membantu :)>-

    [Balas Komen]

  4. Ditulis Oleh : Akmal Hisyam
    September 18, 2009 at 6:30 am | Permalink

    tak silap aku,
    dlm winamp sendiri ada function nak edit id3 tag ni kan?
    .-= Akmal Hisyam´s last blog ..5 tema GDM pilihan FOSS Malaya =-.

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    ade n aku x bp pasti betul ke yg tu.. kat view file info tp kat situ xleh edit

    [Balas Komen]

Taipkan Maklum Balas Anda

Email Anda TIDAK akan disiarkan atau dikongsi. Ruangan bertanda perlu diisi *


Fatal error: Call to undefined function comments_policy() in /home/aculstud/public_html/wp-content/themes/blubs/comments.php on line 106