Persiapan Hari Raya

persiapan raya

Uik… Sedar tak sedar dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa kan…? Sekejap je rasanya, pejam celik pejam celik dah pun hampir masanya untuk berhari raya. (ah kau sibuk je nak raya tah puasa ke idak tu). Tapi sebagaimana tahun-tahun yang lepas hari raya aku dah keluarga tidak lah semeriah tahun-tahun sebelum arwah abah meninggalkan kami semua pada tahun 2003. Kalau nak diikutkan memang dah lama arwah meninggalkan kami sekeluarga dan sudah tentu setiap kali raya dan setiap kali mendengar lagu raya berkumandang di radio, TV, pasaraya atau sebagainya membuatkan aku terkenangkan arwah dan terigin nak menangis beraya tanpa arwah (poyo je kau ni)

Minggu demi minggu, semakin ramai penganut agama islam walau masih ramai yang bertopengkan sebagai umat islam berpusu-pusu ke pasaraya, kedai-kedai, atau sewaktu dengannya untuk persiapan hari raya akan menjelma tidak lama lagi. Aku pula bagaimana…? Bagi aku pula cukup la dengan baju raya tahun lepas. Malas nak beli yang baru. Apa la sangat raya kalau umur dah makin meningkat ni kan…? Hari raya bagi aku sekarang ni hanyalah sekadar bermaaf-maafan sesama keluarga, jiran, sahabat handai, dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Tapi kesal juga sebab raya tahun ni aku tak dapat menikmati juadah raya yang memang setiap tahun aku tak lepas untuk meratah. Antaranya ialah lemang dan kerang masak rendang. Perghhh…!!! Kegemaran aku tu. Kenapa lak aku dapat makan…? Kau alegik ke…? Ke kau sakit atau pantang…? Ye aku sakit dan pantang sebab aku baru sahaja keluar hospital pada bulan Jun yang lepas atas sebab pembedahan tulang rahang dan aku terpaksa pantang makan makanan yang gatal.

Memang terasa azabnya jika tak dapat makan makanan kegemaran yang memang tak akan miss setiap tahun tapi itulah hakikat yang kena aku ketahui dan pasrah atas apa yang berlaku. Walau ikutkan hati nak je aku langgar pantang dan makan je ikut suka tapi bile mengenangkan kesannya akan datang terpaksa la aku lupakan.

Bagaimana pula persiapan lain…? Macam biasa la mak aku sibuk dah tukar langsir, susun bunga dan pasu bunga, pasang lampu kelip-kelip, minyak gas (ada ke?) dan macam-macam lagi a. Aku sekadar tengok-tengok dan tolong ala kadar je. Al-maklum la tak berapa minat dengan kerja-kerja rumah ni (kau tipu) walau tiap-tiap waktu aku duduk rumah je manjang. Tahun ni mungkin agak meriah rumah nenek aku sebabnya hampir kesemua saudara aku beraya di rumah nenek pada tahun ni berbanding tahun lepas hanya 3 keluarga dari 7 keluarga. Habis penuh la jawabnya rumah nenek aku dengan budak-budak kecik dan alamatnya tidur dalam kereta a raya ni kerana rumah tu makin tak mampu menampung mereka yang tidur di situ.

Dalam bersibuk-sibuk dalam persiapan hari raya ni jugak jangan la lupa tanggungjawab korang sebagai umat islam (ko jugak jangan lupe). Mana yang dah mampu nak bayar zakat fitrah sendiri tu bayar la sendiri dan jangan harap keluarga korang je untuk bayarkan. Berdikari la sikit. Takkan sampai mati nak berharap pada orang tua. Bukan mahal sangat pun zakat fitrah tu sampai tak boleh bayar. Kalau pergi membeli dan belah boleh pulak kau ye. Bersedekah pada yang tak mampu tu pun jangan a buat-buat lupa lak. Jangan kau sorang je yang berseronok dan beraya sakan di hari raya. Ingat-ingat la jugak pada yang sentiasa bersedih di hari raya. Ringankan tangan tu hulur-hulurkan bantuan pada mereka yang tak mampu. Biar kita sama-sama berseronok di hari raya.

Pada korang yang memang kaki main mercun dan meriam jangan la amalkan selalu tabiat ni (ko tu pun jugak) sebabnya dah bosan aku baca surat kabar tiap2 tahun kes putus jari, putus kaki, dan putus sana sini. Orang dah cakap jangan main mercun tapi tak makan saman. Pandai-pandai la tanggung kan. Aku pun dah bersara main mercun dan meriam ni sejak dari tingkatan 5 lagi. Takda faedah pun dan buang duit je gi bakar duit tu.

Oh ya… Banyak juga program dan aktiviti selepas raya ni. Makin bertambah sibuk la aku selepas raya ni. Nak tau apa program dan aktiviti tu…? Tunggu dan lihat sahaja akan aku bagi tau pada entri akan datang dan pastikan korang sertai sekali. Tak rugi pun beb…! Apa-apa pun aku ucapkan selamat berpuasa, selamat menyambut hari raya aidilfitri yang akan datang dan selamat membuat ibadah di bulan yang mulia ini.

Tulis Komen atau Tingalkan Trackback
seperator

4 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Ditulis Oleh : langau_biru
    September 11, 2009 at 6:55 am | Permalink

    huih kesian ko… xper aku mknkan tuk ko eh… wakakaka

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    ceh…. hampeh.. mkn a ko puas2 [-(

    [Balas Komen]

  2. Ditulis Oleh : Khaixy
    September 11, 2009 at 8:52 am | Permalink

    weh siot!! ada blog baru x kasitahu aku.. kejam siot!! ni yg merajuk camni neh..

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    ha gi majuk.. cam pompuan a ko… aku lum siapkan 100% lg tu yg x hebohkan sgt

    [Balas Komen]

  3. Ditulis Oleh : nurul ler..
    September 11, 2009 at 7:46 pm | Permalink

    olohlohloh..x de baju raye ea??ciannyer..jom g beli baju raye jom..pastu kta g beli rendang kerang n lemang…nnt sy leh makan kan..ehehhhe

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    eleh… nk ajak kuar pun puyer susah [-(

    [Balas Komen]

  4. Ditulis Oleh : sweet.ants
    September 14, 2009 at 2:31 am | Permalink

    wahh sonok2..taun ni sy raya dgn sofa baru
    selamat hari raya…
    .-= sweet.ants“s last blog ..Hantu Di Bulan Puasa =-.

    [Balas Komen]

    Ditulis Oleh : Acul

    wah… nk sofa gak.. sofa kat umah sy dah mendap dihimpap oleh seekor raksasa :(

    selamat hari raya juga

    [Balas Komen]

Taipkan Maklum Balas Anda

Email Anda TIDAK akan disiarkan atau dikongsi. Ruangan bertanda perlu diisi *


Fatal error: Call to undefined function comments_policy() in /home/aculstud/public_html/wp-content/themes/blubs/comments.php on line 106