
Warrrgghhhh…!!! Kalo korang nak tau sekarang ni memang bertimbun-timbun projek dan kerja yang aku kena handle, diamanahkan dan untuk disiapkan. Taktau la kenapa sejak aku keluar dari hospital ni terlalu banyak projek yang datang. Antaranya laman web aku sendiri yang aku nak jadikan laman web persendirian aku yang mengandungi blog, galeri gambar, online portfolio dan banyak lagi a. Pada korang yang dah lama kenal aku pasti korang dah tahu perjalanan hidup aku membuat website ni dari tahun 2005 lagi dimana aku sering kali membuat design-design terbaru dan sentiasa menukar domain. Untuk pengetahuan korang aculstudio akan dikekalkan insyallah dan aku tidak akan tenggelam tak timbul-timbul. Selain tu jugak projek dari Bandit Community aku telah diberi amanah oleh Ody Bandit. Thanks kat kau kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk membina laman web serta design-design untuk Bandit Community yang semakin dikenali ramai dan semakin maju. Walau aku tak dapat apa-apa pulangan sekarang ni (buat free) tapi aku akan pandang pada akan datang insyallah pulangan tu akan ada pada aku. Terima kasih juga pada Halv a.k.a Peknon Evidence Speaks kerana kau aku terjebak dengan semua ni.
Untuk akan datang setelah setel je projek untuk Bandit Community ni akan aku cuba usahakan untuk membina laman web bagi band-band di Malaysia ni. Ianya dibina bagi mempromosikan band-band yang masih belum ada nama, belum naik, band baru dan masih belum dikenali ramai. Insyallah aku akan bina laman web ini untuk membantu korang dimana sistemnya sama seperti social networking yang sedia ada sekarang ini. Contohnya seperti Myspace, Friendster, Facebook dan macam-macam lagi a dan yang membezakannya apa yang aku nak buat ni sudah tentu la berbahasa melayu dan amat berbeza dengan social network yang lain dimana ia adalah untuk Band Profile yang menyatakan infomasi mengenai band tersebut dan band tersebut boleh juga membuat post atau entri mengenai aktiviti, gig atau apa-apa sahaja kepada orang ramai. Galeri gambar juga akan disediakan khas untuk setiap band, Insyallah.
Bagi setiap band yang menyertai laman web yang akan aku bina ni tidak akan dikenakan sebarang pembayaran. Maksudnya free la dan mereka akan diberikan 1 subdomain untuk dijadikan laman web mereka. Manakala yang dah ada laman web sendiri tu amat digalakkan untuk menyertai. Setiap Band yang sertai juga akan diberikan Band Blog, Default Theme atau Template untuk digunakan yang khas didesignkan oleh aku dan rakan-rakan dimana korang just boleh ubah design pada Header, Background atau apa-apa yang korang mahu dan sekiranya korang ingin Special Design untuk Band Blog korang tu, korang akan dikenakan bayaran oleh pihak kami. Berapa pula harga dia kan…? Yang tu korang tak payah la risau kerana harga yang diberikan adalah berpatutan.
Dah setel ke semua projek aku ni…? Haaa… Ni baru sedikit dan kalau nak diikutkan ada lagi projek yang aku nak usahakan. Banyak dah idea yang aku dapat pikirkan dan aku rasa tak ada lagi sesiapa di Malaysia ni buat akan aku cuba usahakan membinanya. Tu pun bergantung kepada kewangan dan rakan kerja. Kalau aku buat sorang maksudnya takkan bergerak a projek ni. impian je lebih. So… Bermakna aku kena dapatkan ramai tenaga kerja untuk jalankan projek ini dan alhamdulillah aku dah dapat beberapa orang yang paham dan nampak apa yang aku ingin buat. Thanks kat korang.
Pada korang yang kenal aku jugak. Sudah pasti korang tau aku ni memang berkepala otak bisnes dan apa-apa yang aku buat pasti akan ada kaitan dengan bisnes tapi tu la cara hidup aku yang berkerja sendiri buat masa sekarang ni. Insyallah aku akan cuba usahakan apa yang aku cadangkan dan akan cuba buat yang terbaik.
Terima kasih sebab baca apa yang aku merepekkan kat atas ni. wahahaha ![]()
Gambar utama untuk artikel ini dicuri dari sashaisinsane@deviantart dan diedit oleh aculstudio

Oleh:
dalam:
Pada: September 8, 2009

2 Komen Untuk Artikel Ini
hehe.. kire ok la tuh.. dapat gak duit.. hoho..
agak2 ade ape2 prob, ko inform la aku.. kot2 aku leh tolong, aku tolong.. okeh?? hoho..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:13 am
hahaha… jgn aku mintak tlg kang ko sibuk nk dating lak
“
[Balas Komen]
haha.. aku cakap kalo boleh.. kalo tak boleh tuh, tak boleh la kot.. hehe.. ape daaa.. wakakakaka..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:13 am
wakakkaka.. wokey dude
[Balas Komen]