
O-Two… Apa tu? Oksigen ker…? Hahaha pasti ada antara korang yang belum pernah dengar nama O-Two dan mungkin juga ada yang pernah dengar. Bagi korang yang pernah atau sedang bermain game Jin Online mesti kenal dengan O-Two dimana O-Two adalah Duta yang dilantik oleh iG-Interactive Sdn. Bhd. sebagai icon untuk Jin Online. Hari ini, O-Two semakin dikenali ramai termasuk la aku yang baru-baru ni je kenal ngan O-Two dan ahli-ahlinya disebabkan terjebak dengan Bandit Community. Al-Maklum la aku ni buta sikit perkembangan musik tanah air.
Mari kita kenali lebih rapat dengan O-Two. O-Two adalah antara kumpulan muzik “Indiependent” terawal dari Perlis , yang telah berjaya merakamkan beberapa buah album di arena independent disekitar tahun 2003 dengan menggunakan nama RiverMonk ketika itu sebelum bertukar ke O-Two hingga kini. O-Two juga mempunyai suatu identiti muzik tersendiri yang mampu membuat pendengar merasa band ini unik dan O-Two juga telah mencipta puluhan lagu semenjak mereka begitu serius tentang bunyi, penulisan dan susunan lagu. O-Two juga mempunyai kelebihan tersendiri ketika membuat persembahan secara live dan amat peka dengan segala aspek ketika di pentas. Mereka adalah sebuah kumpulan yang tidak mahu ditelan zaman, dan kini telah banyak terbukti bahawa band-band yang kini bebas berkarya telah berjaya mendapat tempat di hati pendengar.
Dari segi teknikal mencipta lagu, O-Two mempunyai pemikiran yang jauh dan sentiasa memperbanyakkan ilmu muzik supaya muzik mereka sentiasa lain dari band-band yang sedia ada. Mereka juga mahu hasil karya mereka setanding dengan kumpulan muzik dari negara luar. Walaubagaimana pun, O-Two tetap memperjuangkan bahasa ibunda kerana mahu bahasa Melayu diperjuangkan.
Setelah hampir setahun mengumpul idea baru dan terkini, O-Two melahirkan album terbaru yang masih belum diberi judulnya secara rasmi. Setelah membuat pemilihan lagu dengan teliti, sepuluh buah lagu telah dipilih untuk dimuatkan didalam album kedua ini. Sebuah album yang amat berbeza dari album pertama dengan mempunyai beberapa konsep muzik yang belum pernah di dengar dari mana-mana band Malaysia. Album ini juga telah dihasilkan sendiri oleh O-Two sepenuhnya dan telah menelan kos yang agak tinggi untuk menghasilkan identiti bunyi yang diingini. Setiap hasil karya mempunyai nilai pemikiran, penulisan dan perjalanan yang amat berbeza dari lagu-lagu dalam pasaran tempatan.
O-Two juga telah menggunakan khidmat pemuzik tambahan untuk menghasilkan beberapa bunyi yang amat unik dengan menggunakan alatan muzik yang amat jarang sekali digunakan di dalam album sebegini. CDNAZ, salah seorang pemain gitar yang terhandal di Malaysia atau lebih dikenali bersama kumpulan Silkhannaz dan juga bekas vokalis pertama Metalasia, turut bergabung tenaga memberi sumbangan secara berduet di dalam sebuah lagu yang berjudul “SESAT” di dalam album terbaru ini. Kini, sebuah album yang penuh kelainan, asli dan juga unik serta diwar-warkan sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik telah siap sepenuhnya. Sesuatu yang amat berbeza, dan kesinambungan episod cerita muzik yang pasti menggegarkan senario muzik tempatan.
Pencapaian O-Two
Sebuah lagu dari album pertama O-TWO telah menjadi Khazanah Negara sempena Bulan Kemerdekaan. Lagu yang berjudul “ANAK MERDEKA” yang direka cipta sepenuhnya oleh O-Two sendiri, menjadikan ianya sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah kumpulan yang baru berjuang di bidang seni. Seperti yang diketahui, tiada artis rakaman tempatan yang mendapat pengiktirafan ini sejak lebih 10 tahun.
Lagu “ANAK MERDEKA” telah dilancarkan pada 9hb September 2005, di Restoran Sri Melayu dan dirasmikan oleh Dato’ Sri Kadir Sheikh Fadzir. Lagu ini secara rasminya diperdengarkan secara umum pada penutup sambutan kemerdekaan pada 16hb September 2005 di Jitra, Kedah, di hadapan 300 ribu penonton. Ketika itu, dengan hanya baru 4 bulan album O-Two di pasaran, O-Two sekali mencipta nama apabila dicalonkan dalam “Kategori Album Hard Rock Terbaik” di dalam Anugerah Industri Muzik Ke 13 (AIM) 2006. O-Two secara keseluruhannya, telah menghasilkan 4 album yang pernah dipasarkan dari sekitar tahun 2003-2009. Menampilkan konsep “Experimental Alternative Rock”, O-Two bermula dengan nama “Rivermonk” dan menghasilkan 2 album penuh , oleh kerana ketika itu muzik indie susah untuk diterima maka album tersebut kurang mendapat sambutan. Kini mereka kembali dengan identiti baru. Sebagai kumpulan yang inginkan pembaharuan dan peningkatan berterusan, band ini telah menukarkan nama ke O-TWO dan akhirnya lahirlah album sulung yang berjudul “Radio Tanah Melayu”
KRONOLOGI O-TWO
1. RIVERMONK – album pertama “Dewi” (Malay) – 2003
2. RIVERMONK – album kedua “Jingga” (Malay) – 2004
3. O-TWO – Album Pertama (Radio Tanah Melayu) – 2005
4 O-TWO – MINI ALBUM “ UTUSAN RASMI– Malay) – 1 april 2009
Antara Lagu Yang Dimuatkan didalam CD Installer Jin Online

Track 1 – Doa
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Track 2 – Mr. Koma
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Track 3 – Orbit Merentasi Masa
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
O-Two – Orbit Merentasi Masa (12MB)
Track 4 – Naluri Perintis Cinta
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
O-Two – Naluri Perintis Cinta (11MB)
Track 5 – Bidadari Dari Syurga
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
O-Two – Bidadari Dari Syurga (10MB)
Kini O-Two adalah band pertama di Malaysia yang telah dijadikan DUTA game online “ JIN ONLINE “. Mini album itu dipasarkan didalam bentuk DVD yang juga mempunyai instalasi JINONLINE berserta dengan 5 buah karya terbaru mereka. Sebanyak 20 000 unit telah berada dipasaran termasuk Sabah dan Sarawak. Mini album tersebut juga diberikan secara PERCUMA. Mereka yang inginkan mini album O-two hanya perlu sms, segalanya percuma tanpa perlu membayar apa-apa kos sampingan. Kini atas permintaan ramai DVD tersebut telah dicetakkan semula. Bermaksud sudah 20 000 unit dipasaran. Pada Julai 2009 “ Music Video “ “ Mr Koma “ akan mula ditayangkan di semua saluran tv termasuk di MTV. Klip tersebut dihasilkan dalam bentuk “ANIMATION” . Ia juga menelan kos yang tinggi. Pada Julai 2009 ini juga O-two akan membuat hari pelancaran “Music Video” mereka bersama dengan mini showcase secara live.
Karektor O-Two – (telah dijadikan watak didalam Jin Online)

Berminat Dengan O-Two?
OTWO GLOBAL MUSIC ( M )
Contact Person : Band Manager – En: Azizul @ Joe
Tel : 012 693 7140
Email : Jijoe12@gmail.com / royalotwo@gmail.com
Laman Web Rasmi : www.otwoband.com, www.myspace.com/otwoband,
www.youtube.com/beritaotwo
Kini www.otwoband.com atau www.myspace.com/otwoband telah dikunjungi hampir 10 000 pengunjung yang menjadi pendengar utama O-Two . Hampir 100 000 kali statistic pendengar selama 3 bulan lagu baru O-Two
Video Animation Mr. Koma (Jin Online)
Terima Kasih Kepada Pihak O-Two untuk Band Profile.

Oleh:
dalam:
Pada: September 7, 2009

7 Komen Untuk Artikel Ini
wah mmg menarik a video clip die… lagu pun leh tahan. mmg syok dgr. bgs a ade post tuk band2 camni. cayalah… keep up bro
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:10 am
tau xper.. x rugi kan tgk
[Balas Komen]
good job acul
jom bro kita kasi kongker malaysia
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:11 am
yea… itu yg aku maukan
[Balas Komen]
Thanks Acul for a great job of this article. O-Two akan sentiasa menyokong comunity2 seperti ini. ALL THE BEST..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:11 am
yea… thx kat o-two juga krn bg komitmen
[Balas Komen]
TERPERANJAT AKU!!! gila memang menarik acul weih… apa pun apa kami ucapkan bilion terima kasih sudi membantu promosikan O-Two… tq ya..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:11 am
same2 bro… ape2 perkembangan baru o-two sila maklumkan
[Balas Komen]
thanks bro…cayalah…!!!kami akan menyokong anda juga.sesama kita bangunkan cahaya indah ini.
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
September 14th, 2009 at 12:12 am
itu sudah pasti alan… kita akan bgnkan yeah…
[Balas Komen]
best nye lagu2 korang….baby memang minat o-two.. baby pernah jumpe lan kat cc dlam kuchai….
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
October 2nd, 2009 at 1:12 pm
tu mesti die tgh main jin online kan
[Balas Komen]
bbbbbbbbbbeeeeeessssssssssttttttttttttt……..
[Balas Komen]
Ditulis Oleh : Acul
October 2nd, 2009 at 1:12 pm
mmg best pun
[Balas Komen]