Majlis Berbuka Puasa Lime Community

main

Hari ini 05 September 2009, bersamaan hari Sabtu telah berlangsungyer satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Lime Community serta gabungan dari Bandit Community dan Band Evidence Speaks. Majlis berbuka puasa ini telah diadakan di Chicken Hartz Berjaya Time Square bermula dari jam 5.00 petang, waktu berkumpul (walau ade yg lambat sampai) sampai la pukul 6.00 petang waktu untuk mengambil tempat.

Untuk pengetahuan korang semua, inilah aktiviti yg ke 5 aku sertai selepas aku keluar hospital pada bulan Jun yang lepas. Antara aktiviti-aktiviti yang aku sertai sebelum majlis berbuka puasa oleh Lime Community ini adalah Akustik di Studio Cafe Wangsa Maju, Local Band Concert di Youth Square Bukit Jalil, Gig MY’SC Ampang dan BBQ di Sungai Congkak anjuran Bandit Community, dan recording Evidence Speaks di Cheras. Aku amat berterima kasih dan berbesar hati kerana telah diajak, dijemput dan dipaksa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Secara terus terang memang aku gembira dan berpuasa hati walau keadaan aku tidak la beberapa mengizinkan.

1

Penuh meja dengan makanan sahaja

Untuk pengetahuan korang semua juga, seramai hampir 70 orang telah menyertai majlis berbuka puasa ini dan antara yang menyertainya majoriti adalah ahli Lime Community. Syabas untuk korang kerana begitu aktif mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti ini. Manakala yang lain adalah dari Bandit Community dan Band Evidence Speaks seramai hampir 15 orang. Sebenarnya bagus juga diadakan program seperti begini sebabnya dapat juga eratkan lagi hubungan siratul ar-rahim antara community lain. Mana yang tidak kenal tu kita kenal-kenalkan lagi. Mane yang tak rapat dan hanya kenal sekadar rupa dan nama di dalam dunia maya seperti Myspace, Friendster, Webportal, Blog dan lain-lain kita boleh bersua muka dan beramah mesra. Terus terang juga aku kata aku tidak la begitu kenal kesemua ahli Lime Community dan hanya beberapa orang sahaja yang aku kenal. Thanks kat Ody Bandit, Halv Evidence Speaks kerana korang la aku terlibat dengan semua benda ni.

2

Aku dan Pete Evidence Speaks

3

Lime Community, Bandit Community dan Evidence Speaks

Tulis Komen atau Tingalkan Trackback
seperator

5 Komen Untuk Artikel Ini

  1. Ditulis Oleh : Halv.Inc
    September 7, 2009 at 12:40 am | Permalink

    wkakakaa.. memang best post isu nehh… aper kater ko wat banyak review atau pon jadikan evidence speaks sebagai band tetap untuk ko review tiap kali diorang perform… hahahaa…. aku cadang nak masukkan ko punyer blog neh link ngn http://www.bandit.my hahahahaa..

    [Balas Komen]

  2. Ditulis Oleh : mikeyy is botak
    September 7, 2009 at 5:49 am | Permalink

    sume bestt time tu………….

    [Balas Komen]

  3. Ditulis Oleh : lefth
    September 7, 2009 at 6:24 am | Permalink

    erm buka pose tu aku takde..
    kalo tak,dah dapat lagi tag..
    hehehehe…

    [Balas Komen]

  4. Ditulis Oleh : Mrs. Halv.Inc
    September 7, 2009 at 6:44 am | Permalink

    ayat ‘dipaksa menyertai’ tu memang aku suke sgt..hehe tapi mane lg pix?x sbr neh

    [Balas Komen]

  5. Ditulis Oleh : Pete
    September 7, 2009 at 12:34 pm | Permalink

    heheh mmg best time ni! yeap ayat dipaksa tu buat aku tergelak sorg2 hahaha. apa2 pun, aku nk tgk gambar2 yg lain

    [Balas Komen]

Taipkan Maklum Balas Anda

Email Anda TIDAK akan disiarkan atau dikongsi. Ruangan bertanda perlu diisi *


Fatal error: Call to undefined function comments_policy() in /home/aculstud/public_html/wp-content/themes/blubs/comments.php on line 106