Apa itu Adobe Photoshop

Pengenalan

1

Adobe Photoshop (PS) adalah perisian yang digunakan untuk mengubah suai gambar atau image kepada pelbagai bentuk mengikut citarasa dan kreativiti pengguna yang dicipta oleh Adobe Systems. Adobe Photoshop di datangkan dengan pelbagai versi dan ianya sentiasa di kemas kini kepada versi terbaru untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. Versi Adobe Photoshop yang terbaru adalah Adobe Photoshop CS4 dimana ianya dicipta bersesuaian dengan Windows Vista dengan rekamuka perisian yang lebih menarik berbanding versi terdahulu iaitu CS3 (yang dikini digunakan oleh aku), CS2, CS, versi 7 dan berikutnya.

Perisian Adobe Photoshop telah melalui pelbagai evolusi bagi memuaskan hati pengguna bagi mengguna perisian ini. Bagi aku Adobe Photoshop adalah perisian yang terbaik untuk mengubah suai gambar walau banyak perisian yang dicipta selain perisian Adobe Photoshop ini yang juga menyediakan khidmat yang sama seperti Picasa, Corel dan lain-lain.

PS banyak dilihat digunakan di Macintosh (Mac Apple) kerana ianya dibina bersesuaian dengan reka grafik pada Mac dimana kualiti gambar, warna, sais, pixel adalah lebih menarik jika dilihat pada Mac dan setelah hampir beberapa tahun ia digunakan meluas pada PC (windows).

lol Teruskan Membaca…

komen 4 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 236 Kali
seperator

Tsunami at Haeundae Movie

1

Akhirnya dapat juga aku tengok filem ini hari ini walau dah dirancang nak tengok pada 2 minggu lepas tapi ada sahaja halangan menimpa untuk menontonya. Filem ini mengisahkan kejadian Tsunami – Ombak Besar. Tsunami di ambil nama dari nama Jepun yang bermaksud Ombak Besar yang merbahaya. Filem tsunami ini berlaku di Haundae iaitu sebuah kepulauan di Korea dimana ia menjadi tumpuan kepada penduduk Korea untuk beristirehat, melancong kerana terdapat pantai yang cantik dan sebuah tempat yang sedang membanggun.

Permulaan cerita filem ini berlaku sebuah ombak besar di tengah lautan dimana terdapat sebuah bot yang terdapat 3 orang didalamnya bertarung nyawa dengan ombak yang besar. Ia berlaku pada tahun sebelumnya iaitu waktu ketika Tsunami melanda Asia Tenggara beberapa tahun yang lepas dan ianya meragut banyak nyawa. Walau adakala antara mereka yang tidak ingin menonton filem ini mungkin teringat kembali kepada mereka yang telah pergi disebabkan malapetaka Tsunami ini tetapi eloklah ditonton untuk dijadikan sebagai pengajaran. Walau negara kita Malaysia ini terletak di garisan Klatustiwa tak bermakna kita bebas dari sebarang malapetaka. Jadi jadikannya sebagai pengajaran dan berjaga-jaga dengan kemungkinan akan berlaku

lol Teruskan Membaca…

komen 9 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 237 Kali
seperator

Hari Raya Di Kampung

main

Yeah… Hari ini selamat tiba aku ke shah alam setelah hampir 5 hari aku bercuti di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga dan saudara tersayang. Kat sini aku nak kongsi serba sedikit cerita ketika aku berada di kampung. Rasayer tak ada la yang menarik untuk dikongsikan tapi boleh la untuk di jadikan modal untuk pengunjung blog aculstudio.com ini…

Ok la… Meh aku mulakan cerita… Aku pulang ke kampung pada 18 haribulan September 2009 bersamaan hari Jumaat pada jam 3 pagi untuk mengelakkan jalan jam bersama adik lelaki dan ibu aku. Adik perempuan aku dah pun selamat sampai ke kampung bersama makcik saudara aku. Pagi tu jalan memang lengang. Memang la kan. Dah kul 3 pagi. Orang sengal cam aku je balik kampung waktu camtu. Agak mengantuk juga waktu tu tapi dengan bantuan air ali cafe dan redbull dapat gak aku tahankan mata tuk memandu. Aku selamat tiba di kampung aku di Sungai Haji Dorani (Sungai Besar, Selangor) pada jam 4.45 pagi. Memang cantek waktu tu terus je aku sahur. Puasa di kampung cam biasa je aku puasa kat rumah dengan tido dan bersembang dengan saudara.

lol Teruskan Membaca…

komen 6 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 170 Kali
seperator

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kad raya

Sedar tak sedar dah hari ke 26 kita berpuasa dan bermakna hanya tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kawan-kawan disana sudahkah korang membayar zakat fitrah…? Kalau belum dahulukan yang itu dan janganlah shopping yang didahulukan sehingga lupa perkara yang wajib. Bila lihat kawan-kawan sibuk membuat kad raya untuk dihantar pada kawan aku pun teruja untuk membuat. Tapi tidaklah seperti tahun-tahun yang lepas dimana aku rajin membuat kad raya jenis flash untuk diri sendiri dan untuk untuk orang lain (free ekad) yang siap dengan text bergerak dan lagu. Tahun ni aku sedikit malas kerana banyak kerja yang aku kena siapkan. Mungkin tahun depan aku akan wujudkan 1 laman web khas untuk menghimpunkan kad raya percuma dalam bentuk animation (flash) dan juga kad raya biasa.

lol Teruskan Membaca…

komen 16 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 251 Kali
seperator

Kenali Pelayar Atau Browser Anda

main

Tahukah korang jenis pelayar (browser) apa yang sedang digunakan anda untuk melayari internet sekarang ini…? Aku rasa ada sesetengahnya tahu jenis dan setiap fungsi pelayar yang digunakannya dan ada juga segelintir yang hanya tahu sekadar hanya pada nama dan penggunaanya sahaja tanpa mengetahui fungsi-fungsi dan kelebihan yang disediakan.

Hari ini kita tengok sudah ramai yang telah beralih dari penggunaan Internet Explorer (IE) sejak dari tahun 2005 lagi dan antara penggunaan pelayar yang semakin popular sekarang ini adalah Mozilla Firefox. Aku tahu ramai antara korang telah menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet dan ianya termasuk lah aku. Bagi aku, aku lebih selesa menggunakan Mozilla Firefox berbanding menggunakan pelayar-pelayar lain tetapi penggunaan Google Chrome, Safari dan Opera tetap digunakan lebih-lebih lagi ketika dalam pembuatan laman web bagi melihat laman web yang dibuat sesuai dilayari oleh pelbagai pelayar.

lol Teruskan Membaca…

komen 13 Komen Ditulis | komen Dilihat Sebanyak 300 Kali
seperator